D'Arif

#wemakejournal

Kesihatan terjaga bersama Yeo's







Minta bantuan rakan² klik SHARE dan juga G+1 untuk entri ini . 2 butang di atas dapat membantu saya mengumpulkan 30% markah untuk contest  Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 
Terima Kasih :) 
__________________________________________________________________________________________________________

(Sila gunakan pada pelayar Google Chrome SAHAJA. Mozilla Firefox tidak support beberapa gambar)



Gaya hidup sihat bersama Yeo's









Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia .


Dewasa ini Kanak-kanak montel, mungkin dianggap comel tetapi pernahkah kita terfikir jika kemontelan itu berterusan sehingga dewasa? Di tambah lagi, penyakit tidak berjangkit pada masa kini tidak mengenal usia dan jantina. Bahkan ia terus bermaharajalela dalam masyarakat kita. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat kita sekarang sedang membentuk dan menyediakan generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa akan datang ?  Satu senario yang tidak asing kepada seseorang kanak-kanak adalah apabila ditegur oleh ibu bapa kerana enggan makan makanan yang berkhasiat dan hanya ingin menjamah makanan ringan.Disini kita perlu menerapkan amalan gaya hidup sihat, Terdapat pelbagai cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.Sebut sahaja tentang makanan dan minuman di Malaysia, nama Yeo’s telah gah dikenali ramai penduduk Malaysia terutama di kalangan masyarakat yang berbilang kaum ini.Yeo’s telah terkenal di Malaysia sejak dahulu lagi dengan pelbagai produk yang dihasil kan . Produk yang dikeluarkan oleh Yeo’s sangat sihat lagi menyihatkan  . Inovasinya yang semakin lama semakin unggul dengan pembuatan air yang berkhasiat dan bermutu tinggi. Yeo’s juga merupakan syarikat terbesar di Malaysia dan terkenal diseluruh dunia yang mengeluarkan produk minuman dan makan yang berkhasiat.



Tips untuk mengamalkan amalan gaya hidup sihat bersama Yeo’s adalah diet yang seimbang. Diet yang seimbang juga perlu bagi memastikan kesihatan diri  kita terjamin. Oleh itu, Usaha membudayakan pemakanan   seimbang dan sihat dengan produk Yeo’s oleh ibu bapa kepada anak anak pelu dimulakan sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya apabila dewasa, meraka sudah biasa dengan selera dan cita rasa pemakanan sihat tersebut.Terdapat pelbagai keadaan untuk mengajar anak anak mengamalkan diet yang seimbang
(Klik gambar untuk gambar penuh)
Minuman ini senang didapati di seluruh Malaysia . Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak . Minuman ini senang didapati dimana-mana kedai runcit mahupun 7Eleven yang terdekat .
Saya pergi ke 7Eleven dan melihat pelbagai air minuman Yeo's di peti sejuk . Sememangnya minimuman dari Yeo's ini terkenal dan dijual di mana-mana kedai mahupun kedai runcit di kampung . Harganya pun berpatutan . Seperti air kotak Yeo's RM1.30sen di 7Eleven


Minimuman yogurt ini macam 'Plug and play' . (Cucuk dan minum)  hehe


Ketika berkelah.
Masa yang terluang bersama keluarga sering digunakan dengan aktiviti yang seronok dan berfaedah.Ketika berkelah semestinya mempunyai hidangan yang istimewa .Minuman yang amat menyelerakan untuk dihidang bersama seisi keluarga ketika bersama adalah Air minuman  tebu Yeo’s . Ia dikenali dan terkenal di Malaysia kerana iklim geografi  yang panas dan lembap sepanjang tahun .Ia juga bersesuaian dengan minuman rakyat di  Malaysia  . Minuman ini sudah menjadi alah biasa tegal biasa dikalangan rakyat malaysia kerana selalunya air ini dijual digerai gerai seperti di pasar malam dan penjaja dengan memerah tebu dengan menggunakan mesin.Sekarang minuman  ini mudah diperolehi dimana mana kedai berhampian dengan harga yang berpatutan. Air minuman tebu Yeo’s  ini mempunyai pelbagai khasiat seperti mengurangkan penderitaan  penyakit kolesterol tinggi, ataupun penyakit lain seperti diabetes. Ianya amat sesuai bagi seisi keluarga yang ingin mengamalkan amalan gaya hidup sihat.
                   








Pemakanan harian 

  Peti sejuk rumah yang tersedia minimuman Yeo's

   Semetelahan ,berkelah semestinya mempunyai hidangan makanan juga. Produk Yeo’s juga ada menyediakan sajian yang mudah bawa iaitu makanan didalam tin. Makanan ini enak dimakan bersama-sama dengan nasi mahupun roti. Ianya amat mudah disediakan dengan  hanya membuka penutup dan ianya boleh terus dinikmati.Terdapat pelbagai jenis produk makanan dalam tin yang disediakan oleh Yeo’s sepeti dari segi daging , produk Yeo’s menyediakan kari ayam, rending ayam,ayam vindaloo dan ayam kurma.Selain itu Yeo’s menyediakan makanan dalam tin yang berasaskan makanan laut ,sayuran dan juga jam.

Makanan tin Kari Ayam

Jam Kaya



Bersukan


Bersenam merupakan amalan gaya hidup sihat yang membentuk diri menjadi aktif .Sukan itu sememangnya menjadi obligasi bagi setiap individu kerana ia meningkatkan sistem kardio didalam badan kita .Beriadah dan bersukan sekurang-kurangnya selama dua puluh minit tiga hari dalam seminggu haruslah diamalkan oleh rakyat Malaysia . Hal ini demikian kerana beriadah dan bersukan memastikan badan kita sentiasa kuat dan cerdas.Aktiviti sihat ini turut meningkatkan stamina dan daya ketahanan badan terhadap penyakit .Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan. Di samping kita beriadah dan bersukan, kita seyoginya  menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Makanan dan minuman perlulah diamalkan dengan betul .Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman di Malaysia. Setelah bersenam kita boleh menikmati minuman  yang penuh khasiat dari produk Yeo’s seperti air minuman teh kundur.Ia  menenangkan dan memberi  kesan yang melegakan  tekak  untuk keselesaan badan selepas minum.Bukan itu sahaja ,air teh krisantimum juga baik untuk melegakan dahaga di tekak dan menenangkan fikiran selepas bersenam.Ia mengembalikan semula ketidakselesaan badan dan menyegarkan badan.Pek minuman yang harus dimiliki adalah keluaran  Yeo’s PET TVC mudah dibawa kemana sahaja.

Apa itu Yeo's Aseptic Cold-filling ?

Yeo's memiliki teknologi yang inovatif dan canggih . Ia boleh menghasilkan 7 botol air per saat . Dalam sehari boleh menghasilkan 500,000 botol . Dalam setahun , ia boleh menghasilkan 130,000,000 botol setahun . Tidak hairan kenapa Yeo's penaja SBB 2014 dengan sponsor sebilangan air keluarannya pada hari yang ditunggu-tunggukan . 



Saya selalu bersenam sehingga waktu semakin hampir dengan Maghrib . Main Futsal bersama rakan-rakan sekampung . Apabila penat , kita semestinya memerlukan air untuk menghilangkan kehausan tekak kita .
Air ini menjadi pilihan saya selepas bersukan . Bak kata peribahasa " Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan " . Kemahuan untuk minum , pilihan saya Yeo's ! :)


PELAJAR/STUDENT


Saya juga sebagai pelajar menyukai minuman dan yogurt ini . Teh Krisantimum ni membuatkan saya lebih bertenaga dan tidak mengantuk ketika membuat latihan mahupun membaca buku . Kedua minuman ini sangat la lazat . Pasangan minuman ini amat serasi apabila saya ingin belajar :)

Sebagai pelajar , saya bukannya 100% di depan buku . Ada kalanya di 'Muka Buku' juga hehe . Apabila berblogging , surfing internet , Facebook , Twitter dan sebagainya , rasa mengantuk itu ada dan pinggang-pinggang juga lenguh . Boleh la berehat sebentar bersama 2 minuman ini . Dari kiri Susu Soya Hitam dan Cincau . Mata boleh bukak besar sebab minimuman ini menyegarkan .


Saiznya sama seperti air tin dan botol lain . Cuma ia mempunyai design yang menarik dan info yang lengkap . Selain itu , ianya sihat kerana tanpa pengawet dan yang penting kurang gula . Bak kata " Kurangkan manis dalam minuman , lebihkan manis dalam senyuman" :)


Minuman berperisa kundur dan Susu Soya Hitam sentiasa ada di atas meja belajar . Jika haus,mengantuk atau memerlukan , terus buka dan minum .








Ketika dirumah

    Ketika dirumah juga kita perlu menjaga pemakanan dengan betul .Misalanya ketika mengadakan rumah terbuka.Kita dapat menghidangkan minuman laici Yeo’s yang mempunyai kemanisan yang setara dengan minuman laici yang asli.Minuman ini dapat dihidangkan dengan pelbagai cara dan kaedah.Cara pertama dihidangkan secara sejuk didalam bekas yang besar.Ianya senang dan mudah untuk disediakan . Selain itu ,minuman ini dapat dihidangkan dengan menambah ais yang hancur atau pun dibuat secara kisaran ais bersama minuman tersebut.Di samping itu juga, minuman laici ini dapat menambahkan lagi selera peminumnya apabila dicampur bersama cocktail.Ia menghasilkan aroma dan citarasa yang unik.

   Ketika menjamah bersama  bersama keluarga pula ,minuman soya dan cincau juga enak dan sedap dihidangkan bersama kerana tekstur warna dan rasa menambat selera sekeluarga semakin bertamabah lebih-lebih lagi semasa di bulan puasa.Tamabahan pula, air cincau dan soya mempunyai banyak khasiat terutamanya cincau. Ianya menurunkan panas badan, meredakan demam panas, sakit perut (mual), dan  masalah sembelit.Minuman cincau dan soya ini juga sesuai dihidangkan ketika tetamu hadir dirumah kerana ia mudah dan senang disediakan malahan boleh disediakan dengan kuantiti yang banyak.

Apabila dua minuman ini dicampurkan , sedap kuasa dua . Hoho begitu lazat :)


Simple mixing Soya Hitam and Cincau Yeo's :)

Hasil apabila Susu Soya ditambahkan dengan Cincau  Yeo's + Ais

Iklan bulan puasa Cincau + Susu Soya Yeo's
Iklan promosi Yeo's Indonesia . Malaysia punya pernah tengok dalam tv . Tapi dalam YouTube tiada .


Tuntasnya , produk Yeo’s mempunyai banyak keluaran yang sihat lagi berkhasiat. Oleh itu,Produk Yeo’s boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat oleh kerana produknya mempunyai khasiat yang hebat dan mampu dmiliki dimana mana kedia mahupun pasaraya berdekatan .Setiap lapisan masyarakat seyogia mempraktikkan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat seperti mengamalkan produk Yeo’s. Amalan ini penting kerana ,’cegah sebelum parah ‘ dan ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Amalan ini amat penting untuk melahirkan warga Malaysia yang sihat kerana ‘rakyat sihat , Negara maju’. Jikalau seluruh rakyat Malaysia sihat dan kuat anggota badan , produktiviti rakyat akan meningkat sehingga meningkatkan lagi ekonomi Negara . Selamanya Yeo's Malaysia !


Jangan lupa follow sosial media Yeo’s Malaysia sebagai tanda terima kasih menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.

           Official Yeo's social network


Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014



Official promo video for SBB2014 

Sepetang Bersama Blogger 2013 di RTM1


Akhir kata terimalah pantun dari saya ,

Dua tiga kucing berlari , 
Mana nak sama si kucing belang ,
Sepetang Bersama Blogger datang kembali ,
Ayuh pergi ke Seloma Bistro , Jalan Ampang . 

Sekian . Assalamualaikum :)

Popular Posts

The lyrics . . .

You'll never enjoy your life,

Living inside the box

You're so afraid of taking chances,

How you gonna reach the top?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

To get the latest update of me and my works :)

>> <<